Description
Mikrobiota usus manusia mengandungi kira-kira 1–2kg atau 100 trilion bakteria daripada kira-kira 1000 jenis spesies. Bukan semua bakteria adalah berbahaya. Kebanyakan bakteria ini, yang dikenali sebagai probiotik, bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Dengan 70% sel imun berada di dalam usus, ia memainkan peranan penting dalam pertahanan imun badan.
Usus yang sihat mempunyai keseimbangan 85% bakteria baik dan 15% bakteria berbahaya. Ketidakseimbangan dalam ekosistem ini boleh membawa kepada pelbagai masalah seperti sembelit, cirit-birit, kembung perut, keletihan, sistem imun yang lemah dan pelbagai keadaan kesihatan lain.
Perkukuhkan pertahanan bakteria baik dalam usus anda dengan VitaHealth Probiotic 6 + Inulin.
• 10 bilion CFU probiotik hidup
• Mengandungi 6 strain aktif
• Dengan prebiotik inulin
• Tahan terhadap asid perut, garam hempedu & antibiotik
• Stabil pada suhu bilik
• Dos sekali sehari








