Description
Vitamin D3 merupakan salah satu vitamin larut lemak yang paling penting diperlukan oleh tubuh. Ia sering dikenali sebagai “vitamin cahaya matahari” kerana kebanyakannya dihasilkan oleh tubuh apabila terdedah kepada cahaya matahari. Namun begitu, paras vitamin D yang rendah telah dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia, walaupun negara ini beriklim tropika dengan cahaya matahari yang banyak sepanjang tahun. Faktor seperti penuaan, obesiti dan keadaan kesihatan tertentu turut meningkatkan risiko kekurangan vitamin D.
Antara tanda-tanda anda mungkin mengalami kekurangan vitamin D termasuk:
• Keletihan
• Kemurungan
• Gangguan tidur
• Sakit otot
• Mudah jatuh sakit
• Keguguran rambut




